Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen esok.
Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.
Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.
Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut. DSAI
NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

Sunday, July 13, 2008
PERINTAH MAHKAMAH FITNAH DAN SALAHGUNA UNDANG-UNDANG
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 8:59 AM 4 comments
JANGAN SEKADAR BERBICARA, UNJURKAN BUKTI – TIAN CHUA KEPADA EZAM
Oleh Suara Keadilan
Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua membalas kenyataan ahli baru Umno, Ezam Md Noor, yang mengancam untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sekiranya dia dikaitkan dalam konspirasi sodomi.
Kata Tian Chua, sekiranya bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi & Anti-Korupsi (Gerak) itu tekad membasmi rasuah sepertimana yang diikrarkannya dahulu, Ezam tidak seharusnya menyimpan bukti penyelewengan mana-mana pemimpin politik.
"Sekiranya seseorang itu mempunyai bukti rasuah atau salahlaku, mengapa perlu disembunyikan? Jadi saya persoalkan, mengapa perlu tunggu adanya pertuduhan terhadapnya baru mahu bongkar sesuatu? Sekiranya sungguh Ezam Md Noor ada bukti Anwar Ibrahim menyeleweng – jangan tunggu, jangan tangguh – dedahkan sekarang juga,” tegas Tian Chua.
Ezam, yang menyertai Umno semula baru-baru ini dengan sokongan kuat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, membuat amaran sedemikian di suatu majlis anjuran Umno dan badan bukan kerajaan Alam Free Speech di Shah Alam 12 Julai lalu.
Lapor Bernama, Ezam memberi amaran sekiranya Anwar Ibrahim mahupun Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaitkannya sebagai sebahagian dari sebuah konspirasi, beliau akan membongkar semua ‘rahsia’ yang dia tahu meskipun pendedahan itu akan membawa malu kepada anak-anak dan keluarga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.
Ezam juga menambah Anwar seharusnya tumpu kepada laporan sodomi yang dibuat kepada bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, dan bukan mengenai konspirasi politik.
Mengulas dengan lebih lanjut, Tian Chua berkata persoalan samada Ezam terbabit atau tidak dalam pertuduhan sodomi ini bergantung kepada siasatan polis dan Jabatan Peguam Negara, berdasarkan kepada testimoni yang disediakan oleh yang menuduh.
"Anwar sehingga kini tidak menyebut apa-apa mengenai pembabitan Ezam Md Noor dalam konspirasi ini. Mengapa beliau harus melatah?,” soal Tian Chua.
Mengapa Ezam Pertahan Najib?
Tian Chua, yang juga regu reformasi Ezam di era 1998, turut menyatakan kekesalannya dengan sikap Ezam, menuduh Anwar telah memperbesarkan konspirasi sodomi ini dengan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dan Altantuya Shaariibuu.
Lapor Malaysiakini, Ezam berkata demikian di majlis yang sama, dan merujuk kepada Akuan Bersumpah P Balasubramaniam. Akuan tersebut mendedahkan Najib bukan sahaja kenal dengan mangsa, bahkan juga pernah menyetubuhi ibu beranak dua itu.
Menurut penyiasat persendirian itu lagi, Altantuya mengizinkan dirinya diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.
P Balasubramaniam, adalah bekas polis Cawangan Khas, dan diupah Abdul Razak Baginda memantau pergerakan Altantuya. Mangsa dibunuh oleh dua pegawai pengiring Najib – Azilah Hadri dan Sirul Azhar – pada malam Ramadhan 2006.
"Anwar Ibrahim, tidak menuduh Najib, tetapi sebaliknya beliau menyeru pihak berkuasa supaya menyiasat Akuan Bersumpah ini kerana ia mengisi ruang-ruang kosong dalam siasatan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu,” kata Tian Chua. sk
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 8:39 AM 1 comments
Thursday, June 26, 2008
KEMPEN PETISYEN GERAMM-PROTES DI LEMBAH PANTAI MENGUJAKAN
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 1:31 AM 3 comments
Thursday, June 19, 2008
MASALAH STATUS PAJAKAN TANAH PENDUDUK KAMPUNG PASIR HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA
19 Jun 2008 - Hari ini saya dan saudara Yusoff Hamid telah mengatur satu pertemuan khas antara Jawatankuasa Penduduk Kampung Pasir, Pantai Dalam dengan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan, Encik Zainudin bin Tala di pejabatnya, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan masalah berkaitan tanah TOL Kampung Pasir yang akan tamat tempoh pajakan menjelang tahun 2020 nanti.
Rombongan Jawatankuasa Penduduk Kampung Pasir ini diketuai oleh saudara Jamaludin Kasim. Turut serta adalah saudara Md Zaman Md Tasi Ketua Angkatan Muda KeADILan Wilayah Persekutuan.
Tanah kampung ini yang telah diteroka semenjak dari tahun 1950-an lagi adalah hasil anugerah daripada Almarhum Sultan Selangor ketika itu di mana ia melibatkan 109 lot rumah.
Perbincangan awal hanya tertumpu kepada status tanah TOL yang akan tamat setelah 66 tahun. Keduanya pula cara permohonan untuk menyambung dan ketiga, peluang-peluang mengusahakan tanah-tanah terpencil atau tersepit di sekitar Wilayah Persekutuan.
Alhamdulillah pertemuan yang penuh dengan keceriaan dan harmoni ini telah mendapat keputusan yang cukup positif manakala kesemua yang hadir turut berpuashati dengan jawapan dan prosedur yang diterangkan oleh Encik Zainudin.
Menurut saudara Jamaludin, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat saudara Johari dan saudara Yusof yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam urusan berkaitan tanah ini, setelah mendapat nasihat dari Ketua AMK Wilayah Persekutuan, saudara Md Zaman apabila Wakil Rakyat Lembah Pantai tidak berapa arif apabila diajukan masalah ini dalam satu pertemuan tertutup dengan penduduk di sini pada 15 Jun yang lalu.
Untuk urusan penyambungan pajakan dari 66 tahun ke 99 tahun, secara lisan Encik Zainudin memberi kebenaran segala urusan boleh dilakukan melalui Persatuan Penduduk Kampung Pasir dan bagi mereka yang mahukan penerangan lanjut sila hubungi persatuan ini atau hubungi terus saudara Jalamaudin Kasim.
Kepada rakyat di Lembah Pantai yang menghadapi kesulitan serupa atau sebarang masalah berkaitan dengan DBKL, sila hubungi saudara Johari Musa atau saudara Yusoff Hamid di talian berikut : 019-2357593 atau 016-2881984.
Ingat! Segala urusan dan perkhidmatan adalah percuma.
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 4:22 AM 0 comments
PEJABAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN LEMBAH PANTAI TELAH MULA BEROPERASI
Dari Meja PPK
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pusat Khidmat (PPK) bagi rakyat Parlimen Lembah Pantai telah mula beroperasi di mana ia menempatkan Pejabat Yang Berhormat Puan Nurul Izzah Anwar dan beberapa pegawai Protem bahagian kerana KeADIL Lembah Pantai masih berstatus digantung kerana mesyuarat Agungnya telah mengalami pelbagai masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan pada tahun lalu.
Walau pun belum dibuka secara rasmi, namun warga Lembah Pantai sudah boleh mula hadir sendiri ke sini jika ada masalah untuk diadukan kepada PKK dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam.
Alamatnya adalah seperti berikut: No.1-2, Jalan Pantai Damai 6, Desa Aman II, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur.
Sementara talian tetap yang disediakan adalah seperti berikut: 03-22409476 dan 03-22409475 dan panggilan kecemasan seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh, kemalangan, kematian, sosial, Operasi Rela/Polis dan pendatang tanpa izin anda boleh menghubungi talian 012-6459237, 016-2094200, 012-3191856, 014-6254206, 016-2844446, 016-8733116.
Mereka yang diberi tanggungjawab ini tidak dibenarkan sama sekali menerima apa-apa imbuhan atau sumbangan kerana semua peruntukan telah disediakan.
Sementara itu, bagi masalah yang bersifat ekslusif dan peribadi atau sulit, hubungan kerjasama dua hala, NGO dan juga pemberian sumbangan kebajikan kepada rakyat anda boleh berbuat demikian dengan menghantar maklumat kepada alamat email berikut: rakyat_4u2c@yahoo.com. Insya Allah tindakan akan segera diambil.
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 4:04 AM 1 comments
Wednesday, June 18, 2008
MARI BERSAMA PERANGI JENAYAH DI LEMBAH KLANG
Oleh Nurul Izzah Anwar
18 Jun 2008 - Saya amat bimbang dengan kenaikan jumlah kes-kes jenayah di Lembah Pantai terutamanya di Bangsar.
Insiden-insiden seperti rompakan berkumpulan, ragut dan pecah masuk yang kerap berlaku pada waktu siang hari menunjukkan bahawa kita sekarang bukan sahaja terpaksa menghadapi harga barang yang meningkat tetapi juga jenayah berleluasa dalam kehidupan harian.
Langkah-langkah yang sedia ada untuk mencegah atau menyelesaikan kes jenayah belum cukup berhasil.
Saya juga hadir bersama Preity Ganthani, seorang lagi mangsa ragut yang diserang di luar premis ini. Kes Preity hanyalah satu kes dalam ribuan mangsa jenayah yang lain.
Preity telah cedera di lengan apabila begnya diragut dan terpaksa mendapat rawatan di hospital selama 4 hari demi menyelamatkan lengannya. Kita bersyukur Preity masih berada bersama kami pada hari ini.
Saya tidak suka untuk mengulangi desakan-desakan terdahulu kepada pihak berkuasa.
Tetapi, insiden seperti ini membuktikan betapa pentingnya bagi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan sebuah negara yang selamat untuk Rakyat Malaysia.
Justeru, dalam mengakui kelemahan-kelemahan dalam sistem keselamatan Negara, adalah sangat mustahak bagi Kerajaan pusat mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Dengan adanya IPCMC, ia akan membuka ruang untuk kerjasama yang lebih antara pihak polis dan wakil-wakil dari masyarakat madani (civil society) dalam menyedari kelemahan yang ada dan mengenal pasti perubahan yang perlu dibuat untuk memperbaiki pasukan Polis Negara.
Nisbah anggota polis kepada penduduk Malaysia sangat hampir kepada taraf yang disyorkan oleh INTERPOL.
Ini bermakna, perlu adanya penilaian semula keberkesanan langkah-langkah yang digunakan pihak polis sekarang. Ini menunjukkan keperluan IPCMC.
Secara khusus, dalam membincangkan scenario di Lembah Pantai, saya, bercadang untuk mengadakan rundingan khusus bersama badan-badan bukan kerajaan, penduduk-penduduk dan tokoh-tokoh penting setempat dalam merangka program-program 'action-oriented' di lokasi-lokasi strategik.
Kita akan mulakan dialog bersama Persatuan-persatuan penduduk, Pihak Polis, Malaysian Crime Prevention Foundation dan juga Rukun Tetangga.
Saya menyeru semua penduduk setempat untuk bersama kita mengambil bahagian dalam usaha ini. nia
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 1:35 AM 0 comments
Sunday, June 15, 2008
LAWATAN KHAS YB NURUL IZZAH KE KAMPUNG PASIR
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 9:37 PM 0 comments
Friday, June 13, 2008
WAKIL RAKYAT DAN RAKYAT SEPERTI AUR DENGAN TEBING
Oleh Joe Musa
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 10:41 PM 0 comments
Thursday, June 12, 2008
ANTARA TUGAS DAN FALSAFAH KESUKARELAWAN
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 11:29 PM 0 comments
Wednesday, June 11, 2008
PERMASALAHAN PENDUDUK BLOK 19, TAMAN BUKIT ANGKASA, PANTAI DALAM HAMPIR SELESAI
Oleh Joe Musa
11 Jun 2008 - Penduduk Blok 19 Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam yang terletak dalam Parlimen Lembah Pantai mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama syarikat pemaju hartanah Nakkon Sdn Bhd sebagai kontraktor yang akan membina jalan susur masuk antara gerai baru dengan Blok 19 dan dilaksanakan tidak lama lagi. Mereka tidak menolak pembangunan tetapi harus diselesaikan beberapa masalah yang telah menghantui mereka sejak sekian laman. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Pembinaan jalan susur masuk yang akan melibatkan tempat letak kereta untuk penduduk Blok tersebut dan meminta diganti dengan kawasan depan kediaman mereka iaitu merobohkan gerai-gerai sementara antara Blok 19 dengan Blok 18 sebagai alternative tempat letak kereta yang baru sebelum projek jalan susur masuk dimulakan.
b. Membina semula rumah sampah yang dirobohkan oleh pemaju semasa pembinaan gerai baru di kawasan tersebut. Setakat ini penduduk melonggokkan sampah mereka di belakang gerai dan telah mengakibatkan bau yang kurang menyenangkan penduduk dan pelanggan gerai.
c. Menaik taraf longkang sekitar Blok 19, Taman Bukit Angkasa kerana yang lama sudah tidak sesuai dan tidak dapat menampung limpahan air seperti sisa-sisa makanan, minyak dan sebagainya yang masuk ke dalam longkang dari gerai berdekatan sehingga mengakibatkan bau yang amat busuk. Setiap kali hujan lebat akan berlaku banjir kilat di mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Tambahan pula banyak longkang berdekatan sudah terkambus semasa kerja tanah dijalankan.
d. Bumbung kaki lima persiar berjalan kaki telah reput dan tunggu masa untuk rebah, dikhuatiri menghempap kanak-kanak yang sedang bermain.
Menurut Pegawai dari Pejabat Wakil Rakyat, saudara Johari Musa mendakwa apabila diajukan persoalan ini kepada pihak pemaju, mereka mengatakan projek pembinaan tersebut dikendalikan oleh pihak DBKL sedangkan apabila kami mengadu kepada pihak DBKL, Cawangan Lembah Pantai, mengatakan DBKL tidak terlibat langsung. Minta YB Nurul Izzah campur tangan.
Justeru, menurut Johari, beliau terpaksa mengambil pendekatan supaya diadakan pertemuan harmoni untuk menyelesaikan masalah ini dengan melibatkan pertemuan pihak DBKL, En. Koh Kia How dari Nakon Sdn Bhd dan penduduk Blok 19 termasuk saya sendiri dari Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Lembah Pantai supaya projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan penduduk.
Saya telah cuba berhubung dengan Pejabat Ketua Pengarah DBKL dan Pejabat Kawasan Lembah Pantai, namun masih belum ada jawapan. Harap perkara sebegini selesai dalam masa terdekat.
Mengenai bumbung dan longkang yang rosak, pemaju mengaku adalah tangungjawab mereka dan akan dilaksanakan secepat mungkin. Pembinaan jalan susur masuk adalah tanggungjawab DBKL dan harus berbincang dengan pihak berkenaan. jm
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 6:39 PM 0 comments
Tuesday, June 10, 2008
BANGUNAN BARU IBU PEJABAT KeADILan MULA BEROPERASI
Suara Keadilan
11 Jun 2008 - KeADILan kini maju setapak lagi ke hadapan dengan bangunan ibupejabat barunya yang terletak Merchant Square, di kawasan komersil Tropicana, di Petaling Jaya.
Bangunan dua blok setinggi lima tingkat itu mempunyai keluasan 20 ribu kaki persegi dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti pejabat yang serba moden seperti bilik mesyuarat yang dilengkapkan dengan peralatan komunikasi yang canggih.
Setiausaha Agung KeADILan, Salehuddin Hashim berkata selain daripada pejabat Ketua Umum, Anwar Ibrahim dan Presiden Wan Azizah Wan Ismail, bangunan itu juga menempatkan pejabat Angkatan Muda dan Wanita KeADILan.
Beliau menambah KeADILan juga menempatkan unit jabatan penyelidikan, akrib, komunikasi dan juga pentadbiran di bangunan berkenaan yang bernilai RM6 juta.
“Ahli-ahli sedia ada dan pemohon keahlian juga berpeluang untuk secara terus menyemak status keahlian atau permohonan mereka di bahagian bilik keahlian yang ditempatkan di tingkat satu bangunan ibupejabat baru kami,” katanya lagi.
Salehuddin menambah, buat masa ini bangunan terbabit didiami secara kaedah sewa beli di mana bayaran pendahuluan RM185 ribu dan selebihnya akan dijana melalui Tabung Bangunan Parti yang dilancarkan.
“Bayaran sewa bangunan ini juga sebenarnya didermakan semula ke dalam tabung parti oleh penyokong KeADILan yang juga pemilik bangunan ini dan sememangnya perancangannya adalah untuk memilik terus bangunan berkenaan melalui tabung yang diwujudkan itu,” katanya lagi.
Menurutnya, tabung berkenaan mensasarkan setiap anggota dan penyokong KeADILan menyumbang derma minima RM10 untuk membolehkan hasrat untuk memiliki sepenuhnya bangunan baru berkenaan.
Sebelum ini, KeADILan beroperasi di dua pejabat sederhana, iaitu ibupejabat lamanya di Brickfields manakala pejabat menempatkan Ketua Umum dan Presiden di Seksyen 16, Petaling Jaya.
KeADILan juga telah mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada hari yang sama parti itu berpindah ke ibupejabat barunya 8 Jun lalu
Alamat ke bangunan baru Ibupejabat KeADILan adalah seperti berikut:
A-1-08, A-1-09, Merchant Square, No 1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Nombor telefon: 03-78850530 Nombor Faksimili: 03-78850531
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 10:40 PM 0 comments
PAKATAN RAKYAT AKAN BELA RAKYAT, TURUNKAN HARGA MINYAK SELEPAS MENJADI KERAJAAN - ANWAR
Anwar Ibrahim
Isnin, 9 Jun 2008 - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkata tidak membawa sebarang makna menjadi seorang pemimpin dan kerajaan sekiranya tidak membela nasib dan hak rakyat .
Katanya, Pakatan rakyat akan memberi jaminan membela nasib rakyat, serta beliau sekali lagi mengulangi bersedia untuk menurunkan harga minyak sekiranya berjaya membentuk kejayaan.
Beliau menyelar keutamaan kerajaan dalam menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit sedangkan pemberian subsidi untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah telah ditarik balik.
“Subsidi kepada rakyat miskin ini dipandang rendah” katanya di hadapan lebih 10, 000 yang hadir dalam program himpunan rakyat, Menuju Harapan Baru di Keramat malam tadi
Anwar, secara rasional tidak bersetuju pemberian subsidi yang berlebihan sehingga membebankan ekonomi negara namun merasa kesal dengan pengurusan ekonomi yang membebankan rakyat.
“Subsidi gas diberi kepada syarikat-syarikat kaya. Subsidi kepada TNB diberi sebanyak 5.6 bilion ringgit, subsidi kepada IPP yang dipunyai oleh syarikat2 besar yang kaya sebanyak yang untung berbilion ringgit setahun 6.7 billion.
Selain Anwar, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib turut menyampaikan ucapan.
Laporan lanjut mengenai ucapan dan program boleh didapati dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 137 yang akan terbit pada 18 Jun depan
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 10:36 PM 0 comments
DAULAT TUANKU!
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 4:28 AM 0 comments
NURUL IZZAH BELA PENDUDUK
Isnin, 2 Jun 2008 SUARA KEADILAN
Banyak aduan yang telah dilaporkan dengan masalah penduduk setempat yang yang dikaitkan dengan pihak DBKL. Masalah ini berlanjutan semenjak kawasan itu menjadi milik Umno/BN.
Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat ialah penjaja gerai yang ditindas oleh DBKL, masalah loji kumbahan najis yang berbau dan lain-lain.
Masalah penduduk ini berlarutan semenjak Umno/BN menguasai tempat itu.
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Lembah Pantai at 4:24 AM 0 comments