CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

Sunday, July 13, 2008

PERINTAH MAHKAMAH FITNAH DAN SALAHGUNA UNDANG-UNDANG

Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen esok.

Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.

Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut. DSAI

4 comments:

Anonymous said...

Salam.....cuma mohon sedikit perhatian drp pimpinan Parlimen Lembah Pantai. Saya menghuni di Pantai Hillpark, sejak kewujudan pusat komuniti pantai, pelbagai jenayah sering berlaku...insiden kereta dipecahkan seperti menjadi perkara biasa. Dahulunya kawasan ini keselamatannya terjamin.....tidak pula kelihatan anak-anak muda melepak sambil meminum arak dsb. Pernah juga sekali saya melihat kejadian ragut yang hampir meragut nyawa mangsa....hampir ditikam. Memandangkan telah beberapa kali perkara begini turut melibatkan saya, beberapa laporan polis telahpun saya buat dan kesemuanya masih ade pada saya....seringkali diminta rujuk ke balai polis pantai dan kemudian ke brickfield, tetapi lgsg tiada perubahan. Kata pak polis, 'hanya hampir ditikam , belum ditikam lg'. Kecewa betul. Takkan nak tunggu sampai mati baru nk amik tindakan. Mohon kerjasama agar perkara ini diberi perhatian. Sedih juga kerana semua ini dilakukan oleh anak-anak Melayu....ader yang masih bawah umur. Saya menetap begitu lama di sini, tetapi sejak kewujudan pusat komuniti sememangnya kawasan sudah tidak selamat lagi. Diharap juga gesaan terhadap DBKL dilakukan sepertimana yang dijanjikan sebaik upacara pecah tanah oleh pak lah dahulu, DBKL akan mengambil alih dan mengawasi kawasan ini. Terima kasih

Anonymous said...

ko ingat yb izzah ader mase ke nak layan hal ko...YB izzah nak tolong bapak dier tangkap katak la...bapak dier kan nak jadik PM la.

hahaha

JOHARI BIN MUSA said...

aku sebenar malas nak komen Yb Nurul, menang tak boleh buat kerja, membazir masa je report kat dia, pegawai yang dilantik semuanya berlagak je, kerja tak reti nak buat. lebih baik mengadu kat ketua Umno Lembah Pantai, YM Dato' Raja Nong Chik,

Anonymous said...

long distance service seo training backlinks build backlinks