CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

Thursday, June 19, 2008

MASALAH STATUS PAJAKAN TANAH PENDUDUK KAMPUNG PASIR HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

Oleh Journalis Sukarela

19 Jun 2008 - Hari ini saya dan saudara Yusoff Hamid telah mengatur satu pertemuan khas antara Jawatankuasa Penduduk Kampung Pasir, Pantai Dalam dengan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan, Encik Zainudin bin Tala di pejabatnya, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan masalah berkaitan tanah TOL Kampung Pasir yang akan tamat tempoh pajakan menjelang tahun 2020 nanti.

Rombongan Jawatankuasa Penduduk Kampung Pasir ini diketuai oleh saudara Jamaludin Kasim. Turut serta adalah saudara Md Zaman Md Tasi Ketua Angkatan Muda KeADILan Wilayah Persekutuan.

Tanah kampung ini yang telah diteroka semenjak dari tahun 1950-an lagi adalah hasil anugerah daripada Almarhum Sultan Selangor ketika itu di mana ia melibatkan 109 lot rumah.

Perbincangan awal hanya tertumpu kepada status tanah TOL yang akan tamat setelah 66 tahun. Keduanya pula cara permohonan untuk menyambung dan ketiga, peluang-peluang mengusahakan tanah-tanah terpencil atau tersepit di sekitar Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah pertemuan yang penuh dengan keceriaan dan harmoni ini telah mendapat keputusan yang cukup positif manakala kesemua yang hadir turut berpuashati dengan jawapan dan prosedur yang diterangkan oleh Encik Zainudin.

Menurut saudara Jamaludin, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat saudara Johari dan saudara Yusof yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam urusan berkaitan tanah ini, setelah mendapat nasihat dari Ketua AMK Wilayah Persekutuan, saudara Md Zaman apabila Wakil Rakyat Lembah Pantai tidak berapa arif apabila diajukan masalah ini dalam satu pertemuan tertutup dengan penduduk di sini pada 15 Jun yang lalu.

Untuk urusan penyambungan pajakan dari 66 tahun ke 99 tahun, secara lisan Encik Zainudin memberi kebenaran segala urusan boleh dilakukan melalui Persatuan Penduduk Kampung Pasir dan bagi mereka yang mahukan penerangan lanjut sila hubungi persatuan ini atau hubungi terus saudara Jalamaudin Kasim.

Kepada rakyat di Lembah Pantai yang menghadapi kesulitan serupa atau sebarang masalah berkaitan dengan DBKL, sila hubungi saudara Johari Musa atau saudara Yusoff Hamid di talian berikut : 019-2357593 atau 016-2881984.

Ingat! Segala urusan dan perkhidmatan adalah percuma.

0 comments: