CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

Thursday, June 12, 2008

ANTARA TUGAS DAN FALSAFAH KESUKARELAWAN

Oleh Joe Musa
13 Jun 2008 - Semalam 12 Jun, saya bersama Pak Yusoff Hamid dan saudara Sharma cuba mendapatkan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Sebelum itu kami telah menyelesaikan beberapa masalah mengenai perumahan bagi 25 orang mangsa kebakaran Kampung Kerinchi tahun 1999 dan beberapa masalah berkaitan dokumen pemohon.
Selepas itu kami terus menghubungi pegawai di pejabat Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL.
Terdapat 4 perkara asas yang akan diperbincangkan di antaranya adalah masalah penjaja sekitar PPR Kerinchi, Kasturi Jaya, penjaja tepi jalan sekitar Jalan Pantai Dalam dan masalah setinggan Kampung Kerinchi dan Pantai Baru.
Pihak DBKL cuba memasukkan bersama permasalahan rakyat Kampung Pinang yang terletak di Sentosa dalam skop perbincangan.
Kami terpaksa menolaknya dengan penuh hikmah kerana segala aduan dan masalah di situ adalah di bawah pengendalian Encik Jack Wong.
Walaupun rancangan asal kami untuk bertemu gagal, namun hari ini 13 Jun kami tidak akan berputus asa sebaliknya akan tetap berada di pejabat DBKL jam 8.00 pagi kerana menghargai tugas yang telah diamanahkan oleh YB Lembah Pantai ini.
Kami harus berfikiran positif untuk membantu rakyat di Lembah Pantai.
Justeru kami sentiasa bersedia membantu membawa semua permasalahan anda ke DBKL dengan datang sendiri ke Pejabat Sementara kami di:
Blok 1, Flat DBKL, Kampung Kerinchi di talian 019-2357593,
Blok 96, PPR Kg.Limau, talian 019-2357593 &
PPR Kerinchi di talian 017-6101931.
Perlu dimaklumkan bahawa perkhidmatan kami adalah sukarela.
Kami telah lakukan tugasan ini sejak dari tahun 1999 lagi untuk ahli-ahli parti Barisan Alternatif yang dinafikan haknya oleh UMNO dan Barisan Nasional serta Wakil Rakyat mereka ketika itu untuk menyelesaikan segala permasalahan mereka.
Perkhidmatgan kami tidak dibiayai dari mana-mana sumber kewangan selain dari poket kami sendiri.
Keadaan sekarang yang semakin kritikal dengan segala kos melambung tinggi, mungkin tidak banyak yang boleh kami lakukan demi menjimatkan masa dan kos seperti parking, sarapan pagi, petrol kereta dan sebagainya yang berkaitan.
Sepertimana sedia maklum kalau temujanji bermula jam 8.00 pagi, sudah tentu kami akan keluar rumah selewat-lewat jam 7.00 pagi.
Ketika itu jalan sudah mula sesak, manakala kereta kita pula guna bahan api jenis petrol bukannya gas.
Dahulu semasa semuanya murah, tidak bantu pun tidak apa.
Sekarang ini 'lu fikirlah sendiri' meminjam kata-kata Nabil, Juara Raja Lawak Astro yang baru.
Kepada mereka yang ikhlas, bersikap pemurah lagi dermawan, ingin menaja tugas kesukarelawan kami, sila hubungi kami melalui talian di atas.
Elaun? Yeeleek..! Jangan marah....ha.. Terima kasih. jm

0 comments: