CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

Friday, June 13, 2008

WAKIL RAKYAT DAN RAKYAT SEPERTI AUR DENGAN TEBING

Oleh Joe Musa

Perlu kita fahami bahawa wakil rakyat samada Ahli Parlimen atau ADUN dan rakyat terbanyak adalah saling bantu membantu antara satu sama lain bagi mencapai sesuatu maksud demi kesejateraan dan keharmonian.
Tanpa rakyat siapalah wakil rakyat dan tugas rakyat adalah menentukan pilihan wakil rakyat mereka insan yang benar-benar jujur, ikhlas dan bertanggungjawab terhadap tugasnya demi rakyat dan dapat memikirkan masa depan rakyat di bawahnya serta menyelesaikan masalah yang timbul dan merintis jalan penghujahan yang lebih berkesan di Parlimen.
Rakyat sekarang sudah pandai menilai dan terbukti kini telah menjadi hakim yang benar-benar berimpak kepada wakil rakyatnya sendiri.
Sebagai contoh kalau rakyat dalam kesusahan, bagaiman seseorang wakil rakyat itu hendak senangkan sekurang-kurangnya emosi mereka.
Sebagai contoh klasik, buatlah soalan dan cadangan ke parlimen mengenai penyewa rumah DBKL. Pak Lah sendiri pernah berjanji dalam media akhbar dan televisyen bahawa kerjaan akan arahkan DBKL untuk jual pada penyewa-penyewa. Cari mekanisme dan sarankan kepada kerjaan bagi membolehkan ianya boleh dibeli.
Bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan kenaikan harga bahan api yang melambung, jangan bawa kereta dan bawalah motosikal. Kalau indeks kemalangan jalanraya meningkat secara mendadak yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, kenapa tidak gunakan motosikal roda tiga bagi mengelakkan kemalangan dari terus berlaku.
Untuk mengelakkan masalah bohsia, bohjan, dadah dan mat rempit di Lembah Pantai dari Kampung Kerinchi hinggalah ke Sentosa persoalkan kenapa susah sangat hendak beri peluang kepada rakyat untuk menggunakan padang bolasepak awam yang merata di sini.
Bila berlakunya masalah sosial, kenapa selalu salahkan ibubapa? Kenapa masih ada rumah yang tiada bilik, satu bilik atau dua bilik di Flat 4 tingkat PKNS Kampung Kerinchi dan Flat DBKL yang mana anak lelaki dan perempuan dari kecil hingga remaja tidur bersama?
Tiada bilik. Kenapa kita tidak cadang supaya dibina rumah lain tiga atau empat bilik dan pindahkan mereka yang terlibat ke rumah tersebut? Barulah ubahsuai atau sebaliknya.
Bawalah ke parlimen. Biar semua Pak dan Mak Menteri tahu masalah rakyat yang selama 50 tahun masalah ini tidak pernah dibawa oleh wakil rakyat BN sebelum ini ke Parlimen.
Inilah masanya. Tapi jangan anggap sekiranya tugas di atas semuanya telah dilaksanakan, tumpuan kepada rakyat secara in person jangan pula diabaikan pula.
Kalau tanpa program bertemu rakyat setiap hujung minggu, ikatan seperti yang dikatakan seperti aur dengan tebing akan mula longgar atau renggang dan akhirnya semuanya akan rebah sama sekali. Tiada satu pun yang untung sekiranya perkara ini terjadi.
Unungnya nanti adalah musuh-musuh kita iaitu UMNO dan BN. Dahulu semasa Lembah Pantai dikuasai BN, gerai yang terletak di tepi jalan semuanya DBKL takut hendak bertindak. Ini kerana mereka gunakan untuk senjata apabila kalah dengan mengarahkan ianya diroboh dan bila kita tidak boleh selesaikan maka mereka akan katakan kita lemah tidak bertaring.
Dengan itu, kita harus buat program setiap minggu yang melibatkan wakil rakyat dan pemimpin tempatan. Slogan kita dari rakyat untuk rakyat harus dikembangkan dengan sepenuhnya.
Jangan terlalu bermain politik adu bomba antara pemimpin kerana sekerat manusia 'orang luar' boleh menyebabkan perselisihan faham antara kita yang dahulunya boleh duduk semeja berbincang.
Kekandang kita lupa akan asal-usul dan kerangka besar kita di hadapan sebelum masuk ke parlimen. Berfikirlah dengan cara positif. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. jm

0 comments: