CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

Wednesday, June 11, 2008

PERMASALAHAN PENDUDUK BLOK 19, TAMAN BUKIT ANGKASA, PANTAI DALAM HAMPIR SELESAI

Oleh Joe Musa
11 Jun 2008 - Penduduk Blok 19 Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam yang terletak dalam Parlimen Lembah Pantai mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama syarikat pemaju hartanah Nakkon Sdn Bhd sebagai kontraktor yang akan membina jalan susur masuk antara gerai baru dengan Blok 19 dan dilaksanakan tidak lama lagi. Mereka tidak menolak pembangunan tetapi harus diselesaikan beberapa masalah yang telah menghantui mereka sejak sekian laman. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Pembinaan jalan susur masuk yang akan melibatkan tempat letak kereta untuk penduduk Blok tersebut dan meminta diganti dengan kawasan depan kediaman mereka iaitu merobohkan gerai-gerai sementara antara Blok 19 dengan Blok 18 sebagai alternative tempat letak kereta yang baru sebelum projek jalan susur masuk dimulakan.

b. Membina semula rumah sampah yang dirobohkan oleh pemaju semasa pembinaan gerai baru di kawasan tersebut. Setakat ini penduduk melonggokkan sampah mereka di belakang gerai dan telah mengakibatkan bau yang kurang menyenangkan penduduk dan pelanggan gerai.

c. Menaik taraf longkang sekitar Blok 19, Taman Bukit Angkasa kerana yang lama sudah tidak sesuai dan tidak dapat menampung limpahan air seperti sisa-sisa makanan, minyak dan sebagainya yang masuk ke dalam longkang dari gerai berdekatan sehingga mengakibatkan bau yang amat busuk. Setiap kali hujan lebat akan berlaku banjir kilat di mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Tambahan pula banyak longkang berdekatan sudah terkambus semasa kerja tanah dijalankan.

d. Bumbung kaki lima persiar berjalan kaki telah reput dan tunggu masa untuk rebah, dikhuatiri menghempap kanak-kanak yang sedang bermain.

Menurut Pegawai dari Pejabat Wakil Rakyat, saudara Johari Musa mendakwa apabila diajukan persoalan ini kepada pihak pemaju, mereka mengatakan projek pembinaan tersebut dikendalikan oleh pihak DBKL sedangkan apabila kami mengadu kepada pihak DBKL, Cawangan Lembah Pantai, mengatakan DBKL tidak terlibat langsung. Minta YB Nurul Izzah campur tangan.

Justeru, menurut Johari, beliau terpaksa mengambil pendekatan supaya diadakan pertemuan harmoni untuk menyelesaikan masalah ini dengan melibatkan pertemuan pihak DBKL, En. Koh Kia How dari Nakon Sdn Bhd dan penduduk Blok 19 termasuk saya sendiri dari Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Lembah Pantai supaya projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan penduduk.

Saya telah cuba berhubung dengan Pejabat Ketua Pengarah DBKL dan Pejabat Kawasan Lembah Pantai, namun masih belum ada jawapan. Harap perkara sebegini selesai dalam masa terdekat.

Mengenai bumbung dan longkang yang rosak, pemaju mengaku adalah tangungjawab mereka dan akan dilaksanakan secepat mungkin. Pembinaan jalan susur masuk adalah tanggungjawab DBKL dan harus berbincang dengan pihak berkenaan. jm

0 comments: