CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

Sunday, July 13, 2008

PERINTAH MAHKAMAH FITNAH DAN SALAHGUNA UNDANG-UNDANG

Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen esok.

Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.

Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut. DSAI

JANGAN SEKADAR BERBICARA, UNJURKAN BUKTI – TIAN CHUA KEPADA EZAM

Oleh Suara Keadilan

Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua membalas kenyataan ahli baru Umno, Ezam Md Noor, yang mengancam untuk mendedahkan rahsia-rahsia sulit Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim sekiranya dia dikaitkan dalam konspirasi sodomi.

Kata Tian Chua, sekiranya bekas Pengerusi Gerakan Demokrasi & Anti-Korupsi (Gerak) itu tekad membasmi rasuah sepertimana yang diikrarkannya dahulu, Ezam tidak seharusnya menyimpan bukti penyelewengan mana-mana pemimpin politik.

"Sekiranya seseorang itu mempunyai bukti rasuah atau salahlaku, mengapa perlu disembunyikan? Jadi saya persoalkan, mengapa perlu tunggu adanya pertuduhan terhadapnya baru mahu bongkar sesuatu? Sekiranya sungguh Ezam Md Noor ada bukti Anwar Ibrahim menyeleweng – jangan tunggu, jangan tangguh – dedahkan sekarang juga,” tegas Tian Chua.

Ezam, yang menyertai Umno semula baru-baru ini dengan sokongan kuat Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, membuat amaran sedemikian di suatu majlis anjuran Umno dan badan bukan kerajaan Alam Free Speech di Shah Alam 12 Julai lalu.

Lapor Bernama, Ezam memberi amaran sekiranya Anwar Ibrahim mahupun Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengaitkannya sebagai sebahagian dari sebuah konspirasi, beliau akan membongkar semua ‘rahsia’ yang dia tahu meskipun pendedahan itu akan membawa malu kepada anak-anak dan keluarga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) itu.

Ezam juga menambah Anwar seharusnya tumpu kepada laporan sodomi yang dibuat kepada bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, dan bukan mengenai konspirasi politik.

Mengulas dengan lebih lanjut, Tian Chua berkata persoalan samada Ezam terbabit atau tidak dalam pertuduhan sodomi ini bergantung kepada siasatan polis dan Jabatan Peguam Negara, berdasarkan kepada testimoni yang disediakan oleh yang menuduh.

"Anwar sehingga kini tidak menyebut apa-apa mengenai pembabitan Ezam Md Noor dalam konspirasi ini. Mengapa beliau harus melatah?,” soal Tian Chua.

Mengapa Ezam Pertahan Najib?

Tian Chua, yang juga regu reformasi Ezam di era 1998, turut menyatakan kekesalannya dengan sikap Ezam, menuduh Anwar telah memperbesarkan konspirasi sodomi ini dengan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Razak dan Altantuya Shaariibuu.

Lapor Malaysiakini, Ezam berkata demikian di majlis yang sama, dan merujuk kepada Akuan Bersumpah P Balasubramaniam. Akuan tersebut mendedahkan Najib bukan sahaja kenal dengan mangsa, bahkan juga pernah menyetubuhi ibu beranak dua itu.

Menurut penyiasat persendirian itu lagi, Altantuya mengizinkan dirinya diliwat oleh Timbalan Presiden Umno itu.

P Balasubramaniam, adalah bekas polis Cawangan Khas, dan diupah Abdul Razak Baginda memantau pergerakan Altantuya. Mangsa dibunuh oleh dua pegawai pengiring Najib – Azilah Hadri dan Sirul Azhar – pada malam Ramadhan 2006.

"Anwar Ibrahim, tidak menuduh Najib, tetapi sebaliknya beliau menyeru pihak berkuasa supaya menyiasat Akuan Bersumpah ini kerana ia mengisi ruang-ruang kosong dalam siasatan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu,” kata Tian Chua. sk

Thursday, June 26, 2008

KEMPEN PETISYEN GERAMM-PROTES DI LEMBAH PANTAI MENGUJAKAN



Oleh Bro Joe

26 Jun 2008 - Orang ramai di sekitar kawasan parlimen Lembah Pantai yang tidak berpuashati dengan tindakan 'gila' Kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga bahan api telah turun beramai-ramai ke tapak Pasar Tani Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 11 pagi pada 22 Jun yang lalu.

Program ini adalah lanjutan daripada road show kempen anjuran GERAMM-Protes. Ia diketuai oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Wilayah Persekutuan, saudara Md Zaman Md Tasi dan Ketua AMK Lembah Pantai, saudara Azrul Azmi dan Wanita Taman Angkasa, Pantai Dalam.

Rakyat di sini yang tidak berpuashati terhadap tindakan kerajaan BN ini telah memanfaatkan peluang yang ada dengan menandatangani borang petisyen yang dikelolakan oleh ahli parti di kaunter GERAMM Lembah Pantai yang diwujudkan pada hari tersebut.

Mereka mendesak agar kerajaan yang dipimpin oleh, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi segera berhenti memperbodohkan rakyat dengan memanipulasi harga minyak demi keuntungan segelintir pihak.

Kempen petisyen yang dilancarkan oleh Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) yang sebelum ini dilihat mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana orang ramai masih merasa kecewa dan tidak yakin lagi dengan cara pengurusan kewangan yang ditunjukkan oleh kerajaan BN.

Selain itu beberapa kaunter termasuk pendaftaran ahli baru Parti Keadilan Rakyat turut dibuka.

GERAMM, sebuah organisasi yang menyuarakan keluhan rakyat yang diterajui golongan muda seperti Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Dewan Pemuda PAS Pusat, Pemuda Sosialis DAP, PKPIM, dan IKRAR dengan tegas menyatakan bantahan ke atas penindasan dan manipulasi kenaikan harga minyak yang dilakukan oleh kerajaan BN tanpa memikirkan kesan bebanan dan kesengsaraan kepada rakyat terbanyak.

Sebelum ini Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim turut menandatangani petisyen tersebut di samping menyatakan sokongan penuh terhadap kempen ini.

Kempen ini difahamkan akan diteruskan ke pasar malam, pasar tani, masjid, kuil mahupun gereja demi memastikan mobilisasi perhimpunan sejuta rakyat di Padang Timur berdekatan Amcorp Mall, berjaya termasuk mendesak kerajaan menurunkan harga minyak tanpa syarat kepada satu aras yang mampu diterima dek akal fikiran rakyat.

Difahamkan GERAMM telah mengadakan siri demonstrasi aman pada 20 dan 21 Jun yang lalu di beberapa lokasi utama di Selangor, Terengganu dan plaza tol-plaza tol seterusnya menganjurkan siri Road Tour Ceramah bagi memberi penjelasan terus kepada rakyat tentang kesan kenaikan harga minyak yang cukup membebankan ini.

Thursday, June 19, 2008

MASALAH STATUS PAJAKAN TANAH PENDUDUK KAMPUNG PASIR HAMPIR KE PENGHUJUNGNYA

Oleh Journalis Sukarela

19 Jun 2008 - Hari ini saya dan saudara Yusoff Hamid telah mengatur satu pertemuan khas antara Jawatankuasa Penduduk Kampung Pasir, Pantai Dalam dengan Pengarah Jabatan Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan, Encik Zainudin bin Tala di pejabatnya, Rumah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan masalah berkaitan tanah TOL Kampung Pasir yang akan tamat tempoh pajakan menjelang tahun 2020 nanti.

Rombongan Jawatankuasa Penduduk Kampung Pasir ini diketuai oleh saudara Jamaludin Kasim. Turut serta adalah saudara Md Zaman Md Tasi Ketua Angkatan Muda KeADILan Wilayah Persekutuan.

Tanah kampung ini yang telah diteroka semenjak dari tahun 1950-an lagi adalah hasil anugerah daripada Almarhum Sultan Selangor ketika itu di mana ia melibatkan 109 lot rumah.

Perbincangan awal hanya tertumpu kepada status tanah TOL yang akan tamat setelah 66 tahun. Keduanya pula cara permohonan untuk menyambung dan ketiga, peluang-peluang mengusahakan tanah-tanah terpencil atau tersepit di sekitar Wilayah Persekutuan.

Alhamdulillah pertemuan yang penuh dengan keceriaan dan harmoni ini telah mendapat keputusan yang cukup positif manakala kesemua yang hadir turut berpuashati dengan jawapan dan prosedur yang diterangkan oleh Encik Zainudin.

Menurut saudara Jamaludin, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat saudara Johari dan saudara Yusof yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam urusan berkaitan tanah ini, setelah mendapat nasihat dari Ketua AMK Wilayah Persekutuan, saudara Md Zaman apabila Wakil Rakyat Lembah Pantai tidak berapa arif apabila diajukan masalah ini dalam satu pertemuan tertutup dengan penduduk di sini pada 15 Jun yang lalu.

Untuk urusan penyambungan pajakan dari 66 tahun ke 99 tahun, secara lisan Encik Zainudin memberi kebenaran segala urusan boleh dilakukan melalui Persatuan Penduduk Kampung Pasir dan bagi mereka yang mahukan penerangan lanjut sila hubungi persatuan ini atau hubungi terus saudara Jalamaudin Kasim.

Kepada rakyat di Lembah Pantai yang menghadapi kesulitan serupa atau sebarang masalah berkaitan dengan DBKL, sila hubungi saudara Johari Musa atau saudara Yusoff Hamid di talian berikut : 019-2357593 atau 016-2881984.

Ingat! Segala urusan dan perkhidmatan adalah percuma.

PEJABAT PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN LEMBAH PANTAI TELAH MULA BEROPERASI


Dari Meja PPK

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pusat Khidmat (PPK) bagi rakyat Parlimen Lembah Pantai telah mula beroperasi di mana ia menempatkan Pejabat Yang Berhormat Puan Nurul Izzah Anwar dan beberapa pegawai Protem bahagian kerana KeADIL Lembah Pantai masih berstatus digantung kerana mesyuarat Agungnya telah mengalami pelbagai masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan pada tahun lalu.

Walau pun belum dibuka secara rasmi, namun warga Lembah Pantai sudah boleh mula hadir sendiri ke sini jika ada masalah untuk diadukan kepada PKK dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam.

Alamatnya adalah seperti berikut: No.1-2, Jalan Pantai Damai 6, Desa Aman II, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur.

Sementara talian tetap yang disediakan adalah seperti berikut: 03-22409476 dan 03-22409475 dan panggilan kecemasan seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh, kemalangan, kematian, sosial, Operasi Rela/Polis dan pendatang tanpa izin anda boleh menghubungi talian 012-6459237, 016-2094200, 012-3191856, 014-6254206, 016-2844446, 016-8733116.

Mereka yang diberi tanggungjawab ini tidak dibenarkan sama sekali menerima apa-apa imbuhan atau sumbangan kerana semua peruntukan telah disediakan.

Sementara itu, bagi masalah yang bersifat ekslusif dan peribadi atau sulit, hubungan kerjasama dua hala, NGO dan juga pemberian sumbangan kebajikan kepada rakyat anda boleh berbuat demikian dengan menghantar maklumat kepada alamat email berikut: rakyat_4u2c@yahoo.com. Insya Allah tindakan akan segera diambil.

Wednesday, June 18, 2008

MARI BERSAMA PERANGI JENAYAH DI LEMBAH KLANG

Oleh Nurul Izzah Anwar

18 Jun 2008 - Saya amat bimbang dengan kenaikan jumlah kes-kes jenayah di Lembah Pantai terutamanya di Bangsar.

Insiden-insiden seperti rompakan berkumpulan, ragut dan pecah masuk yang kerap berlaku pada waktu siang hari menunjukkan bahawa kita sekarang bukan sahaja terpaksa menghadapi harga barang yang meningkat tetapi juga jenayah berleluasa dalam kehidupan harian.

Langkah-langkah yang sedia ada untuk mencegah atau menyelesaikan kes jenayah belum cukup berhasil.

Saya juga hadir bersama Preity Ganthani, seorang lagi mangsa ragut yang diserang di luar premis ini. Kes Preity hanyalah satu kes dalam ribuan mangsa jenayah yang lain.

Preity telah cedera di lengan apabila begnya diragut dan terpaksa mendapat rawatan di hospital selama 4 hari demi menyelamatkan lengannya. Kita bersyukur Preity masih berada bersama kami pada hari ini.

Saya tidak suka untuk mengulangi desakan-desakan terdahulu kepada pihak berkuasa.

Tetapi, insiden seperti ini membuktikan betapa pentingnya bagi kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan sebuah negara yang selamat untuk Rakyat Malaysia.

Justeru, dalam mengakui kelemahan-kelemahan dalam sistem keselamatan Negara, adalah sangat mustahak bagi Kerajaan pusat mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Dengan adanya IPCMC, ia akan membuka ruang untuk kerjasama yang lebih antara pihak polis dan wakil-wakil dari masyarakat madani (civil society) dalam menyedari kelemahan yang ada dan mengenal pasti perubahan yang perlu dibuat untuk memperbaiki pasukan Polis Negara.

Nisbah anggota polis kepada penduduk Malaysia sangat hampir kepada taraf yang disyorkan oleh INTERPOL.

Ini bermakna, perlu adanya penilaian semula keberkesanan langkah-langkah yang digunakan pihak polis sekarang. Ini menunjukkan keperluan IPCMC.

Secara khusus, dalam membincangkan scenario di Lembah Pantai, saya, bercadang untuk mengadakan rundingan khusus bersama badan-badan bukan kerajaan, penduduk-penduduk dan tokoh-tokoh penting setempat dalam merangka program-program 'action-oriented' di lokasi-lokasi strategik.

Kita akan mulakan dialog bersama Persatuan-persatuan penduduk, Pihak Polis, Malaysian Crime Prevention Foundation dan juga Rukun Tetangga.

Saya menyeru semua penduduk setempat untuk bersama kita mengambil bahagian dalam usaha ini. nia

Sunday, June 15, 2008

LAWATAN KHAS YB NURUL IZZAH KE KAMPUNG PASIR

Oleh M. Johari
16 Jun 2008 - Saya telah dimaklumkan oleh KeADILan Cawangan Kampung Pasir, Pantai Dalam bahawa YB Puan Nurul Izzah, Ahli Parlimen kita telah melapangkan masa sekitar jam 10.00 pagi untuk bertemu pemimpin di sana yang diketuai oleh saudara Jamaludin.
Isu utama pertermuan itu adalah untuk mencari jalan peyelesaian berkaitan masalah kediaman mereka iaitu tanah berstatus TOL yang akan tamat tempoh pajakan tidak lama lagi.
Kedua adalah isu berkaitan setinggan yang tidak kunjung selesai dan yang ketiga isu pembinaan kiosk untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan perniagaan mereka.
Turut serta dalam rombangan tersebut adalah saudara Ali Ghazali, Encik Jack Wong, saudara Amin Mian, Encik Vinod dan beberapa pemimpin lagi.
Ada beberapa pemimpin tempatan yang diberi amanah untuk berurusan dengan Pejabat Tanah dan Wilayah serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak diundang dalam perjumpaan bersejarah tersebut dan ini telah mewujudkan tandatanya.
Perbincangan berjalan lancar dengan penuh harmoni dan semangat muhibbah.
Menurut warga Kampung Pasir yang hadir, mereka ceria dan bersemangat dengan kehadiran YB Nurul Izzah. Semangat bertambah meluap-luap di dada masing-masing dengan slogan "Lawan Tetap Lawan" dan "Lawan Sampai Menang" meminjam kata-kata keramat pemimpin ulung dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
YB Nurul Izzah dan rombangannya telah berjanji akan mengatasi semua masalah yang timbul dan akan selesai dalam masa yang terdekat.
Bagi isu peneroka bandar atau penduduk rumah setinggan yang menjadi permainan pemimpin UMNO tempatan sejak sekian lama dengan menafikan hak peruntukan kepada mereka sedang rakan-rakan dari UMNO telah lama berpindah ke rumah sewa DBKL.
Bagi kes rumah setinggan yang disewa semula kepada orang lain setelah pemilik asalnya sudah ditawarkan rumah sewa baru DBKL, akan diuruskan Encik Jack Wong dalam masa terdekat.
Time frame untuk penyelesaikan semua permasalahan adalah dua bulan.
Dimaklumkan juga bahawa YB Nurul Izzah telah bersetuju dengan semua cadangan dari KeADILan Cawangan Kampung Pasir agar segera menandatangani dokumen berkenaan yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Kandungan terkandung dokumen berkenaan tidak dimaklumkan. Hanya YB Nurul Izzah sendiri dan KeADILan Cawangan Kampung Pasir sahaja yang tahu.
Walaupun saya tidak dijemput mengikuti rombongan YB Nurul Izzah, memadailah dengan saya mendengar berita yang disampaikan berkaitan program di Lembah Pantai.
Selamat maju jaya. Tahniah YB Nurul Izzah yang kerap turun ke padang kini. "Dari Rakyat Kepada Rakyat". Tanpa rakyat siapalah wakil rakyat. "Lawan tetap Lawan". jm

Friday, June 13, 2008

WAKIL RAKYAT DAN RAKYAT SEPERTI AUR DENGAN TEBING

Oleh Joe Musa

Perlu kita fahami bahawa wakil rakyat samada Ahli Parlimen atau ADUN dan rakyat terbanyak adalah saling bantu membantu antara satu sama lain bagi mencapai sesuatu maksud demi kesejateraan dan keharmonian.
Tanpa rakyat siapalah wakil rakyat dan tugas rakyat adalah menentukan pilihan wakil rakyat mereka insan yang benar-benar jujur, ikhlas dan bertanggungjawab terhadap tugasnya demi rakyat dan dapat memikirkan masa depan rakyat di bawahnya serta menyelesaikan masalah yang timbul dan merintis jalan penghujahan yang lebih berkesan di Parlimen.
Rakyat sekarang sudah pandai menilai dan terbukti kini telah menjadi hakim yang benar-benar berimpak kepada wakil rakyatnya sendiri.
Sebagai contoh kalau rakyat dalam kesusahan, bagaiman seseorang wakil rakyat itu hendak senangkan sekurang-kurangnya emosi mereka.
Sebagai contoh klasik, buatlah soalan dan cadangan ke parlimen mengenai penyewa rumah DBKL. Pak Lah sendiri pernah berjanji dalam media akhbar dan televisyen bahawa kerjaan akan arahkan DBKL untuk jual pada penyewa-penyewa. Cari mekanisme dan sarankan kepada kerjaan bagi membolehkan ianya boleh dibeli.
Bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan kenaikan harga bahan api yang melambung, jangan bawa kereta dan bawalah motosikal. Kalau indeks kemalangan jalanraya meningkat secara mendadak yang melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, kenapa tidak gunakan motosikal roda tiga bagi mengelakkan kemalangan dari terus berlaku.
Untuk mengelakkan masalah bohsia, bohjan, dadah dan mat rempit di Lembah Pantai dari Kampung Kerinchi hinggalah ke Sentosa persoalkan kenapa susah sangat hendak beri peluang kepada rakyat untuk menggunakan padang bolasepak awam yang merata di sini.
Bila berlakunya masalah sosial, kenapa selalu salahkan ibubapa? Kenapa masih ada rumah yang tiada bilik, satu bilik atau dua bilik di Flat 4 tingkat PKNS Kampung Kerinchi dan Flat DBKL yang mana anak lelaki dan perempuan dari kecil hingga remaja tidur bersama?
Tiada bilik. Kenapa kita tidak cadang supaya dibina rumah lain tiga atau empat bilik dan pindahkan mereka yang terlibat ke rumah tersebut? Barulah ubahsuai atau sebaliknya.
Bawalah ke parlimen. Biar semua Pak dan Mak Menteri tahu masalah rakyat yang selama 50 tahun masalah ini tidak pernah dibawa oleh wakil rakyat BN sebelum ini ke Parlimen.
Inilah masanya. Tapi jangan anggap sekiranya tugas di atas semuanya telah dilaksanakan, tumpuan kepada rakyat secara in person jangan pula diabaikan pula.
Kalau tanpa program bertemu rakyat setiap hujung minggu, ikatan seperti yang dikatakan seperti aur dengan tebing akan mula longgar atau renggang dan akhirnya semuanya akan rebah sama sekali. Tiada satu pun yang untung sekiranya perkara ini terjadi.
Unungnya nanti adalah musuh-musuh kita iaitu UMNO dan BN. Dahulu semasa Lembah Pantai dikuasai BN, gerai yang terletak di tepi jalan semuanya DBKL takut hendak bertindak. Ini kerana mereka gunakan untuk senjata apabila kalah dengan mengarahkan ianya diroboh dan bila kita tidak boleh selesaikan maka mereka akan katakan kita lemah tidak bertaring.
Dengan itu, kita harus buat program setiap minggu yang melibatkan wakil rakyat dan pemimpin tempatan. Slogan kita dari rakyat untuk rakyat harus dikembangkan dengan sepenuhnya.
Jangan terlalu bermain politik adu bomba antara pemimpin kerana sekerat manusia 'orang luar' boleh menyebabkan perselisihan faham antara kita yang dahulunya boleh duduk semeja berbincang.
Kekandang kita lupa akan asal-usul dan kerangka besar kita di hadapan sebelum masuk ke parlimen. Berfikirlah dengan cara positif. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. jm

Thursday, June 12, 2008

ANTARA TUGAS DAN FALSAFAH KESUKARELAWAN

Oleh Joe Musa
13 Jun 2008 - Semalam 12 Jun, saya bersama Pak Yusoff Hamid dan saudara Sharma cuba mendapatkan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di pejabatnya di Kuala Lumpur.
Sebelum itu kami telah menyelesaikan beberapa masalah mengenai perumahan bagi 25 orang mangsa kebakaran Kampung Kerinchi tahun 1999 dan beberapa masalah berkaitan dokumen pemohon.
Selepas itu kami terus menghubungi pegawai di pejabat Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL.
Terdapat 4 perkara asas yang akan diperbincangkan di antaranya adalah masalah penjaja sekitar PPR Kerinchi, Kasturi Jaya, penjaja tepi jalan sekitar Jalan Pantai Dalam dan masalah setinggan Kampung Kerinchi dan Pantai Baru.
Pihak DBKL cuba memasukkan bersama permasalahan rakyat Kampung Pinang yang terletak di Sentosa dalam skop perbincangan.
Kami terpaksa menolaknya dengan penuh hikmah kerana segala aduan dan masalah di situ adalah di bawah pengendalian Encik Jack Wong.
Walaupun rancangan asal kami untuk bertemu gagal, namun hari ini 13 Jun kami tidak akan berputus asa sebaliknya akan tetap berada di pejabat DBKL jam 8.00 pagi kerana menghargai tugas yang telah diamanahkan oleh YB Lembah Pantai ini.
Kami harus berfikiran positif untuk membantu rakyat di Lembah Pantai.
Justeru kami sentiasa bersedia membantu membawa semua permasalahan anda ke DBKL dengan datang sendiri ke Pejabat Sementara kami di:
Blok 1, Flat DBKL, Kampung Kerinchi di talian 019-2357593,
Blok 96, PPR Kg.Limau, talian 019-2357593 &
PPR Kerinchi di talian 017-6101931.
Perlu dimaklumkan bahawa perkhidmatan kami adalah sukarela.
Kami telah lakukan tugasan ini sejak dari tahun 1999 lagi untuk ahli-ahli parti Barisan Alternatif yang dinafikan haknya oleh UMNO dan Barisan Nasional serta Wakil Rakyat mereka ketika itu untuk menyelesaikan segala permasalahan mereka.
Perkhidmatgan kami tidak dibiayai dari mana-mana sumber kewangan selain dari poket kami sendiri.
Keadaan sekarang yang semakin kritikal dengan segala kos melambung tinggi, mungkin tidak banyak yang boleh kami lakukan demi menjimatkan masa dan kos seperti parking, sarapan pagi, petrol kereta dan sebagainya yang berkaitan.
Sepertimana sedia maklum kalau temujanji bermula jam 8.00 pagi, sudah tentu kami akan keluar rumah selewat-lewat jam 7.00 pagi.
Ketika itu jalan sudah mula sesak, manakala kereta kita pula guna bahan api jenis petrol bukannya gas.
Dahulu semasa semuanya murah, tidak bantu pun tidak apa.
Sekarang ini 'lu fikirlah sendiri' meminjam kata-kata Nabil, Juara Raja Lawak Astro yang baru.
Kepada mereka yang ikhlas, bersikap pemurah lagi dermawan, ingin menaja tugas kesukarelawan kami, sila hubungi kami melalui talian di atas.
Elaun? Yeeleek..! Jangan marah....ha.. Terima kasih. jm

Wednesday, June 11, 2008

PERMASALAHAN PENDUDUK BLOK 19, TAMAN BUKIT ANGKASA, PANTAI DALAM HAMPIR SELESAI

Oleh Joe Musa
11 Jun 2008 - Penduduk Blok 19 Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam yang terletak dalam Parlimen Lembah Pantai mendakwa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama syarikat pemaju hartanah Nakkon Sdn Bhd sebagai kontraktor yang akan membina jalan susur masuk antara gerai baru dengan Blok 19 dan dilaksanakan tidak lama lagi. Mereka tidak menolak pembangunan tetapi harus diselesaikan beberapa masalah yang telah menghantui mereka sejak sekian laman. Antaranya adalah seperti berikut:

a. Pembinaan jalan susur masuk yang akan melibatkan tempat letak kereta untuk penduduk Blok tersebut dan meminta diganti dengan kawasan depan kediaman mereka iaitu merobohkan gerai-gerai sementara antara Blok 19 dengan Blok 18 sebagai alternative tempat letak kereta yang baru sebelum projek jalan susur masuk dimulakan.

b. Membina semula rumah sampah yang dirobohkan oleh pemaju semasa pembinaan gerai baru di kawasan tersebut. Setakat ini penduduk melonggokkan sampah mereka di belakang gerai dan telah mengakibatkan bau yang kurang menyenangkan penduduk dan pelanggan gerai.

c. Menaik taraf longkang sekitar Blok 19, Taman Bukit Angkasa kerana yang lama sudah tidak sesuai dan tidak dapat menampung limpahan air seperti sisa-sisa makanan, minyak dan sebagainya yang masuk ke dalam longkang dari gerai berdekatan sehingga mengakibatkan bau yang amat busuk. Setiap kali hujan lebat akan berlaku banjir kilat di mana tidak pernah berlaku sebelum ini. Tambahan pula banyak longkang berdekatan sudah terkambus semasa kerja tanah dijalankan.

d. Bumbung kaki lima persiar berjalan kaki telah reput dan tunggu masa untuk rebah, dikhuatiri menghempap kanak-kanak yang sedang bermain.

Menurut Pegawai dari Pejabat Wakil Rakyat, saudara Johari Musa mendakwa apabila diajukan persoalan ini kepada pihak pemaju, mereka mengatakan projek pembinaan tersebut dikendalikan oleh pihak DBKL sedangkan apabila kami mengadu kepada pihak DBKL, Cawangan Lembah Pantai, mengatakan DBKL tidak terlibat langsung. Minta YB Nurul Izzah campur tangan.

Justeru, menurut Johari, beliau terpaksa mengambil pendekatan supaya diadakan pertemuan harmoni untuk menyelesaikan masalah ini dengan melibatkan pertemuan pihak DBKL, En. Koh Kia How dari Nakon Sdn Bhd dan penduduk Blok 19 termasuk saya sendiri dari Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Lembah Pantai supaya projek yang dirancang dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan penduduk.

Saya telah cuba berhubung dengan Pejabat Ketua Pengarah DBKL dan Pejabat Kawasan Lembah Pantai, namun masih belum ada jawapan. Harap perkara sebegini selesai dalam masa terdekat.

Mengenai bumbung dan longkang yang rosak, pemaju mengaku adalah tangungjawab mereka dan akan dilaksanakan secepat mungkin. Pembinaan jalan susur masuk adalah tanggungjawab DBKL dan harus berbincang dengan pihak berkenaan. jm

Tuesday, June 10, 2008

BANGUNAN BARU IBU PEJABAT KeADILan MULA BEROPERASI

Suara Keadilan
11 Jun 2008 - KeADILan kini maju setapak lagi ke hadapan dengan bangunan ibupejabat barunya yang terletak Merchant Square, di kawasan komersil Tropicana, di Petaling Jaya.

Bangunan dua blok setinggi lima tingkat itu mempunyai keluasan 20 ribu kaki persegi dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti pejabat yang serba moden seperti bilik mesyuarat yang dilengkapkan dengan peralatan komunikasi yang canggih.

Setiausaha Agung KeADILan, Salehuddin Hashim berkata selain daripada pejabat Ketua Umum, Anwar Ibrahim dan Presiden Wan Azizah Wan Ismail, bangunan itu juga menempatkan pejabat Angkatan Muda dan Wanita KeADILan.

Beliau menambah KeADILan juga menempatkan unit jabatan penyelidikan, akrib, komunikasi dan juga pentadbiran di bangunan berkenaan yang bernilai RM6 juta.

“Ahli-ahli sedia ada dan pemohon keahlian juga berpeluang untuk secara terus menyemak status keahlian atau permohonan mereka di bahagian bilik keahlian yang ditempatkan di tingkat satu bangunan ibupejabat baru kami,” katanya lagi.

Salehuddin menambah, buat masa ini bangunan terbabit didiami secara kaedah sewa beli di mana bayaran pendahuluan RM185 ribu dan selebihnya akan dijana melalui Tabung Bangunan Parti yang dilancarkan.

“Bayaran sewa bangunan ini juga sebenarnya didermakan semula ke dalam tabung parti oleh penyokong KeADILan yang juga pemilik bangunan ini dan sememangnya perancangannya adalah untuk memilik terus bangunan berkenaan melalui tabung yang diwujudkan itu,” katanya lagi.

Menurutnya, tabung berkenaan mensasarkan setiap anggota dan penyokong KeADILan menyumbang derma minima RM10 untuk membolehkan hasrat untuk memiliki sepenuhnya bangunan baru berkenaan.

Sebelum ini, KeADILan beroperasi di dua pejabat sederhana, iaitu ibupejabat lamanya di Brickfields manakala pejabat menempatkan Ketua Umum dan Presiden di Seksyen 16, Petaling Jaya.

KeADILan juga telah mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada hari yang sama parti itu berpindah ke ibupejabat barunya 8 Jun lalu

Alamat ke bangunan baru Ibupejabat KeADILan adalah seperti berikut:
A-1-08, A-1-09, Merchant Square, No 1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Nombor telefon: 03-78850530 Nombor Faksimili: 03-78850531

PAKATAN RAKYAT AKAN BELA RAKYAT, TURUNKAN HARGA MINYAK SELEPAS MENJADI KERAJAAN - ANWAR

Anwar Ibrahim
Isnin, 9 Jun 2008 - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkata tidak membawa sebarang makna menjadi seorang pemimpin dan kerajaan sekiranya tidak membela nasib dan hak rakyat .
Katanya, Pakatan rakyat akan memberi jaminan membela nasib rakyat, serta beliau sekali lagi mengulangi bersedia untuk menurunkan harga minyak sekiranya berjaya membentuk kejayaan.
Beliau menyelar keutamaan kerajaan dalam menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit sedangkan pemberian subsidi untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah telah ditarik balik.

“Subsidi kepada rakyat miskin ini dipandang rendah” katanya di hadapan lebih 10, 000 yang hadir dalam program himpunan rakyat, Menuju Harapan Baru di Keramat malam tadi
Anwar, secara rasional tidak bersetuju pemberian subsidi yang berlebihan sehingga membebankan ekonomi negara namun merasa kesal dengan pengurusan ekonomi yang membebankan rakyat.

“Subsidi gas diberi kepada syarikat-syarikat kaya. Subsidi kepada TNB diberi sebanyak 5.6 bilion ringgit, subsidi kepada IPP yang dipunyai oleh syarikat2 besar yang kaya sebanyak yang untung berbilion ringgit setahun 6.7 billion.

Selain Anwar, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib turut menyampaikan ucapan.

Laporan lanjut mengenai ucapan dan program boleh didapati dalam akhbar Suara Keadilan bilangan 137 yang akan terbit pada 18 Jun depan

DAULAT TUANKU!

Nurul Izzah
8 Jun 2008 - Semalam saya sempat menghadiri majlis menyambut ulang tahun YDP Agong bersama teman-teman PR lain.
Kami yang sememangnya minoriti pada hari tersebut merasa sedikit lucu pabila melihat pintu gerbang istana; iyalah dahulu memang tak diberi kebenaran untuk masuk, selalunya melihat sahaja dari luar sementara ditemani FRU, pihak polis dan memorandum yang kami bawa beramai-ramai dalam demonstrasi yang diadakan.
Sebaliknya, pada petang semalam, ada di antara kami yang perlu pulang awal untuk menghadiri program seterusnya,tapi diberitahu bahawa pintu gerbang hanya boleh dibuka bila YDP berangkat pulang : ) hehe .
Kalau dahulu sukar untuk masuk sekarang sebaliknya! Sedikit ironis tapi begitulah hidup ini.
Dalam kesempatan semalam, saya juga memberi komen dalam RTM bersama YB Tian tentang kenaikan harga petrol dan diesel yang begitu mendadak.
Langkah ini dilakukan tanpa penjelasan kepada rakyat ataupun kepada kami, wakil pembangkang semasa perbahasan dalam parlimen.
Ia mencerminkan sikap angkuh kerajaan yang seolah-olah tidak berpijak pada bumi nyata.
Adakah kerajaan tidak melihat kepada kesusahan rakyat terbanyak?
Kenaikan 41 peratus untuk harga petrol ini kononnya ditampung dengan baucer wang untuk golongan yang berpendapatan rendah.
Masalah utama dalam hal ini adalah pengawalan mekanisme bantuan.
Sudah tentu bukan semua yang memiliki kenderaan jenis 2000 cc ke bawah benar-benar layak menerima bantuan ini.
Dan kalaupun mahu diberikan, adakah jabatan-jabatan kerajaan yang sedia ada boleh memastikan bebanan pembayaran dapat dipikul secara lancar?
Datuk Shahrir Samad sendiri membangkitkan kebimbangan beliau dalam hal ini : ini bermaksud kerajaan bn gopoh, dan kegopohan ini akan terus menghimpit dan menekan rakyat bawahan yang jelas merasakan keperitan inflasi dan impak daripada penghapusan subsidi.
Kita negara pengeksport minyak, maka kenaikan harga di pasaran dunia tentunya akan menguntungkan kita.
Saya tidak menolak kepentingan menjaga dana negara, tapi kenapa pengorbanan demi dana pembangunan dilakukan oleh rakyat biasa?
Tapi pemborosan melalui projek-projek besar kerajaan berterusan. Bagaimanakah mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab sanggup menerima kenaikan harga yang begitu tinggi, hinggakan tidak langsung difikirkan kemungkinan dilakukan secara berperingkat?
Saya fikir kita perlu bangkit memberi mesej jelas bahawa kita tidak menerima keputusan yang meminggirkan rakyat yang dibuat tanpa perkiraan rasional.

NURUL IZZAH BELA PENDUDUK

Isnin, 2 Jun 2008 SUARA KEADILAN

Kuala LumpurAhli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berusaha sedaya upaya membela nasib di kawasannya.

Banyak aduan yang telah dilaporkan dengan masalah penduduk setempat yang yang dikaitkan dengan pihak DBKL. Masalah ini berlanjutan semenjak kawasan itu menjadi milik Umno/BN.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat ialah penjaja gerai yang ditindas oleh DBKL, masalah loji kumbahan najis yang berbau dan lain-lain.

Masalah penduduk ini berlarutan semenjak Umno/BN menguasai tempat itu.
Beliau menyatakan kenyataan tersebut ketika ditemui Suara Keadilan ketika menghadiri majlis perkahwinan penduduk di Kampung Pasir 1 Jun lalu.
Beliau yang mempunyai jadual yang padat dari awal pagi hingga ke petang telah berkunjung ke sembilan majlis perkahwinan di sekitar Lembah Pantai termasuk menziarahi orang sakit dan meninggal.
“Dari awal pagi saya menziarahi orang sakit dan meninggal seterusnya menghadiri majlis perkahwinan sampai sembilan majlis.”, kata beliau.
“Pusat aduan khidmat masyarakat kami akan dirasmikan tak lama lagi, kepada sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan silalah berkunjung ke pejabat kami.”, tambah beliau.