CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

NANTIKAN KEMUNCULANNYA!

Sunday, June 15, 2008

LAWATAN KHAS YB NURUL IZZAH KE KAMPUNG PASIR

Oleh M. Johari
16 Jun 2008 - Saya telah dimaklumkan oleh KeADILan Cawangan Kampung Pasir, Pantai Dalam bahawa YB Puan Nurul Izzah, Ahli Parlimen kita telah melapangkan masa sekitar jam 10.00 pagi untuk bertemu pemimpin di sana yang diketuai oleh saudara Jamaludin.
Isu utama pertermuan itu adalah untuk mencari jalan peyelesaian berkaitan masalah kediaman mereka iaitu tanah berstatus TOL yang akan tamat tempoh pajakan tidak lama lagi.
Kedua adalah isu berkaitan setinggan yang tidak kunjung selesai dan yang ketiga isu pembinaan kiosk untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan perniagaan mereka.
Turut serta dalam rombangan tersebut adalah saudara Ali Ghazali, Encik Jack Wong, saudara Amin Mian, Encik Vinod dan beberapa pemimpin lagi.
Ada beberapa pemimpin tempatan yang diberi amanah untuk berurusan dengan Pejabat Tanah dan Wilayah serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak diundang dalam perjumpaan bersejarah tersebut dan ini telah mewujudkan tandatanya.
Perbincangan berjalan lancar dengan penuh harmoni dan semangat muhibbah.
Menurut warga Kampung Pasir yang hadir, mereka ceria dan bersemangat dengan kehadiran YB Nurul Izzah. Semangat bertambah meluap-luap di dada masing-masing dengan slogan "Lawan Tetap Lawan" dan "Lawan Sampai Menang" meminjam kata-kata keramat pemimpin ulung dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
YB Nurul Izzah dan rombangannya telah berjanji akan mengatasi semua masalah yang timbul dan akan selesai dalam masa yang terdekat.
Bagi isu peneroka bandar atau penduduk rumah setinggan yang menjadi permainan pemimpin UMNO tempatan sejak sekian lama dengan menafikan hak peruntukan kepada mereka sedang rakan-rakan dari UMNO telah lama berpindah ke rumah sewa DBKL.
Bagi kes rumah setinggan yang disewa semula kepada orang lain setelah pemilik asalnya sudah ditawarkan rumah sewa baru DBKL, akan diuruskan Encik Jack Wong dalam masa terdekat.
Time frame untuk penyelesaikan semua permasalahan adalah dua bulan.
Dimaklumkan juga bahawa YB Nurul Izzah telah bersetuju dengan semua cadangan dari KeADILan Cawangan Kampung Pasir agar segera menandatangani dokumen berkenaan yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Kandungan terkandung dokumen berkenaan tidak dimaklumkan. Hanya YB Nurul Izzah sendiri dan KeADILan Cawangan Kampung Pasir sahaja yang tahu.
Walaupun saya tidak dijemput mengikuti rombongan YB Nurul Izzah, memadailah dengan saya mendengar berita yang disampaikan berkaitan program di Lembah Pantai.
Selamat maju jaya. Tahniah YB Nurul Izzah yang kerap turun ke padang kini. "Dari Rakyat Kepada Rakyat". Tanpa rakyat siapalah wakil rakyat. "Lawan tetap Lawan". jm

0 comments: